TENAGA ELEKTRIK
Sumber Tenaga Elektrik
- Terdapat pelbagai sumber tenaga elektrik
- Beberapa
sumber tenaga elektrik ditunjukkan di bawah:
a) Sel kering
- Kecil
dan ringan
- Membekalkan
tenaga elektrik yang kecil
- Digunakan
dalam jam, barang mainan dan lampu suluh
- Tidak
tahan lama
b) Sel suria
- Menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik
- Digunakan
dalam satelit, kalkulator dan alat pemanas air
c) Dinamo
- Menghasilkan
tenaga elektrik daripada putaran magnet
- Menukarkan
tenaga kinetik kepada tenaga elektrik
- Digunakan
dalam basikal untuk menyalakan lampu
d) Akumulator
- Membekalkan tenaga elektrik yang lebih besar daripada
sel kering
- Boleh
dicas semula dan tahan lama
- Digunakan
dalam kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas
e) Stesen kuasa hidroelektrik
- Menggunakan
tenaga kinetik yang mengalir dari empangan untuk menjana tenaga elektrik
- Membekalkan
tenaga elektrik yang besar
Older Post | Newer Post