KEADAAN BAHAN
PEPEJAL,CECAIR
DAN GAS
- Bahan
wujud dalam 3 keadaan, iaitu pepejal cecair dan gas
- Contoh
bahan: meja,pen,kayu,makanan,minuman dan udara yang kita sedut
Sifat-Sifat
bahan
- Pepejal : Mempunyai
jisim,mempunyai isi padu yang tetap,mempunyai bentuk yang tetap, tidak
dapat mengalir, tidak dapat dimampat kan
- Cecair : Mempunyai
jisim,mempunyai isi padu yang tetap,tidak mempunya bentuka yang tetap
tetapi mengambil bentuk bekas yang diisinya,dapat mengalir tidak dapat
dimampatkan
- Gas : Mempunyai jisim,
tidak mempunyai bentuk yang tetap tetapi mengambil bentuk bekas yang
diisinya,memenuhi ruang, tetapi tidak mempunyai isi padu yang tetap,,Dapat
dimampatkan
Perubahan
Keadaan Bahan
Bahan
Berubah
- Air
boleh wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair
dan gas.
- Air
boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain apabila menerima atau
kehilangan haba.
- Apabila
air dipanaskan, ia akan berubah menjadi wap air (gas).
- Apabila
wap air disejukkan, ia akan berubah menjadi air (cecair)
- Apabila
air membeku, ia akan menjadi ais (pepejal)
- Air
boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan yang lain melalui
proses - proses ini.
Peleburan
Pembekuan
Pendidihan
Kondensasi
Penyejatan
7. Jadual di bawah menunjukkan perubahan keadaan
bahan
semasa proses -
proses tersebut.
Proses yang terlibat
|
Perubahan keadaan bahan
|
Peleburan
|
Pepejal
menjadi cecair
|
Pembekuan
|
Cecair
menjadi pepejal
|
Pendidihan
|
Cecair
menjadi gas
|
Kondensasi
|
Gas
menjadi cecair
|
Penyejatan
|
Cecair
menjadi gas
|
8. Faktor - faktor
yang mempengaruhi kadar penyejatan air
adalah seperti
berikut:
a) Pergerakan
udara (angin)
Penyejatan berlaku lebih cepat semasa hari berangin
b) Suhu
persekitaran
Semakin tinggi suhu, semakin cepat air menyejat
c)
Luas permukaan yang terdedah
Air tersejat lebih cepat apabila luas permukaan air yang
terdedah adalah
lebih besar.
Older Post | Newer Post