Sains Tahun 5
Owner Say!

Assalamualikum! Hi I'm Dania. Welcome to My Bestie blog. Follow Please.. Gomawo!


Entries About Linkies Stuff


Taggie Board

Put your link not email.
No Harsh words.
Request tuto or freebies here
Please Make Polite words!.


Credits

Template: Hidayah Tria
Basecodes: Yaya
Owner: Yourname



Mikroorganisma

Mikroorganisma ialah Hidupan

1. Micro bermaksud seni dan organism bermaksud hidupan.
    Microorganism bermaksud hidupan seni (kecil).
2. Mikroorganisma terdapat disekeliling kita. Contohnya, di udara, di dalam air, makanan, tanan dan  di         dalam badan kita.
3. Mikroorganisma adalah tersangat kecil sehingga tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
Kita perlu menggunakan mikroskop untuk meihat mikroorganism.
4. Mikroorganisma wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz



Jenis Mikroorganisma
1. Terdapat empat jenis mikroorganisma yang utama:
(a) bakteria
(b) virus
(c) fungi
(d) protozoa



                                                      Gambar foto 1.1 Jenis-jenis mikroorganisma
  2. Bakteria
      (a) Bakteria ialah organisma yang sangat kecil.
      (b) Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan Bakteria
           boleh dikelaskan berdasarkan bentuknya (Rajah 1.1).



      (c) Bakteria terdapat di udara, di dalam air, di dalam tanah serta di permukaan yang kamu sentuh. Bakteria hidup di dalam tubuh kamu juga.
      (d) Bakteria membiak sangat cepat pada suhu yang sesuai dengan kehadiran air dan makanan yang  mencukupi.
      (e) Bakteria membiak sangat aktif di tempat yang hangat, gelap, lembab dan kotor.
      (f) Kebanyakan bakteria tidak bebahaya dan berguna kepada kita. Namun begitu, sesetengah bakteria menyebabkan penyakit seperti cirit-birit, sakit kerongkong dan sebagainya.
      (g) Bakteria yang menyebabkan penyakit di kenali sebagai kuman.



3.Virus
     (a) Virus ialah mikroorganisma yang paling kecil. Virus hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop yang paling tinggi kuasanya.
     (b) Virus boleh menjangkiti tumbuhan, haiwan dan bakteria.
     (c) Deman selesema adalah disebabkan oleh virus. Virus bertanggungjawab kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya dan membawa maut seperti AIDS.


4. Protozoa
    (a) Protozoa lebih besar daripada virus dan bakteria.
    (b) Protozoa ialah organisma akuatik.
    (c) Protozoa juga ada yang tidak berbahaya dan ada yang berbahaya. Demam malaria adalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis protozoa.



5. Fungi
    (a) Fungi adalah yang paling besar antara keempat-empat mikroorganisma.
    (b) Fungi hidup di dalam tanah, pada sampah-sarap, di atas organisma lain dan juga pada makanan kita.
    (c) Fungi membiak daripada spora.
    (d) Cendawan, kulapuk dan yis (ragi) adalah contoh-contoh fungi.
    (e) Sesetengah fungi, seperti yis adalah sangat halus dan hanya boleh dilihat dengan bantuan mikroskop.
    (f) Seperti bakteria, kebanyakan fungi tidak berbahaya dan berguna kepada kita. Walau bagaimanapun, ada juga fungi yang boleh menyebabkan penyakit.

6. Mikroorganisma menjalankan proses hidup seperti bernafas, membesar dan bergerak apabila dibekalkan dengan keperluan asas dan persekitaran yang sesuai.







 

Kemandirian spesies


RANTAI MAKANAN DAN SIRATAN MAKANAN

Siapa Makan Siapa?
  1. Semua hidupan memerlukan makanan untuk hidup.
  2. Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri.
  3. Haiwan tidak boleh membuat makanannya sendiri. Haiwan mendapat makanan daripada tumbuhan atau haiwan lain.
  4. Oleh itu, tumbuhan adalah sumber makanan utama bagi sesetengah haiwan.
  5. Tumbuhan dikenali sebagai pengeluar dan haiwan dikenali sebagai pengguna.
  6. Haiwan boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan berdasarkan makanan yang dimakan.
  • Herbivor - Haiwan yang makan tumbuhan sahaja
  • Karnivor - Haiwan yang makan haiwan lain
  • Omnivor - Haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan lain  
 
  
Haiwan Herbivor
    
 
Haiwan Karnivor
 
   
Haiwan Omnivor
    7.   Hubungan makanan antara hidupan boleh ditunjukkan oleh
          rantai makanan.
    8.   Rantai makanan sentiasa bermula dengan tumbuhan hijau.
    9.   Berikut menunjukkan satu contoh rantai makanan.
  
Tumbuhan
 
 
Rusa
 
 
Harimau   
  • Tumbuhan adalah pengeluar.
  • Rusa makan tumbuhan. Rusa adalah pengguna dan merupakan herbivor.
  • Harimau makan rusa. Harimau adalah pengguna dan merupakan karnivor.
  • Anak panah dalam rantai makanan bermaksud 'dimakan oleh'.
  • Habitat yang berlainan mempunyai rantai makanan yang berbeza.
     
     
     
    SIRATAN MAKANAN

    Kesemua rantai makanan saling berhubung untuk membentuk siratan
    makanan. Ini kerana kebanyakkan pengguna makan lebih dari satu jenis
    makanan. Oleh itu, siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan .


    Contoh siratan makanan


    Piramid nombor
    ·       Merupakan satu susunan organisma yang menunjukkan bilangan relatif organisma pada setiap peringkat rantai makanan.
    ·       Sekiranya diperhatikan dalam ekosistem yang tidak terganggu, kita akan dapati bilangan hidupan yang paling banyak ialah tumbuhan.
    ·       Tumbuhan membekalkan makanan kepada pelbagai jenis
    haiwan. Oleh itu, bilangannya harus melebihi haiwan
    untuk menampung keperluan setiap haiwan. Bilangan pengguna primer seharusnya melebihi bilangan pengguna sekunder dan bilangan pengguna sekunder mesti melebihi bilangan pengguna tertier.
    ·       Sekiranya jumlah bilangan hidupan dalam setiap
    peringkat disusun mengikut tertib dalam rantai
    makanan, satu model piramid nombor akan terbentuk.
                                Contoh piramid nombor

    Pada rantai makanan yang melibatkan parasit, keadaan sebaliknya akan dapat dilihat. Jumlah parasit jauh lebih banyak daripada jumlah
    perumah. Misalnya sepohon pokok didiami olehbeberapa ekor burung herbivor yang memakan buah. Pada seekor burung itu pula akan terdapat berpuluh-puluh atau beratus-ratus kutu atau pija
    t.

                                 Piramid bilangan pada rantai makanan parasit.

    ALIRAN TENAGA
    ·       Dalam setiap rantai makanan, tenaga berpunca daripada
    matahari. Tenaga daripada tumbuhan dipindahkan kepada organisma lain malalui rantai makanan dan siratan makanan.
    ·       Dalam setiap peringkat, tenaga akan digunakan untuk respirasi dan aktiviti organisma seperti pertumbuhan dan pergerakan.Untuk mendapatkan semula tenaga, organisma tersebut mestilah membina makanan sendiri atau mencari makanan lain.
    ·       Aliran tenaga dalam piramid nombor bermula daripada
    pengeluar. Walau bagaimanapun, terdapat kehilangan
    tenaga apabila tenaga dipindahkan dari satu peringkat ke
    peringkat yang lain .

    ·       Tenaga dalam setiap peringkat akan hilang melalui aktiviti organisma seperti respirasi, pencernaan, perkumuhan dan pergerakan.Oleh itu, bilangan organisma pada dasar piramid mestilah jauh lebih banyak dari bilangan organisma di atasnya
    supaya jumlah tenaga yang ada padanya mencukupi
    untuk menyokong organisma di atasnya.
    Kepentingan siratan makanan
    ·       Memastikan kemandirian spesies- jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran. Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber.
    ·       Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan terganggu,bilangan hidupan dalam siratan makanan akan berubah dan
    menyebabkan keseimbangan alam terganggu.
    Contoh : pengurangan bilangan tikus akibat diracun
    akan mempengaruhi bilangan ular.
    ·       Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan.

TENAGA



BENDA HIDUP MEMERLUKAN TENAGA UNTUK PROSES HIDUPNYA SEPERTI BERNAFAS.

BENDA BUKAN HIDUP PUN MEMERLUKAN TENAGA SEPERTI UNTUK MENDIDIHKAN AIR ATAU MENGGERAKKAN KERETA.

http://warungflash.com/wp-content/uploads/2009/03/matahari.png

1.    MATAHARI- SUMBER TENAGA UTAMA ( T.CAHAYA N HABA )



    KERANA TUMBUHAN MEMERLUKAN MATAHARI UNTUK MMBUAT    MAKANAN (PROSES FOTOSINTESIS) MANAKALA SUMBER TENAGA BAGI MANUSIA DAN HAIWAN IALAH  APA YANG MEREKA MAKAN. SUMBER MAKANAN    ITU IALAH TERDIRI DARIPADA HAIWAN DAN TUMBUHAN.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjM-LBUemVZvvq0GzVg4b5_kKllSqmrzUsCdJ45kudRgrRypJrpcTNbB-jC4UdTPQF3j3KnLy7v0ax9VDYZ8XLMGX6vIDv0AXZMVrLthIAnwZJn5oMNl1mCAW3A7VJqnAPMKbEBg1b_yiyc/s320/irrigation-photosynthesis1.gif



    2. BAHAN API ( FUEL)
http://sandakan.files.wordpress.com/2009/02/coal_hands1.jpg
                                     ARANG BATU

                                                              PETROLEUM

        PETROLEUM,NATURAL GAS, ARANG BATU

      3.  BATERI

        - BOLEH MENYIMPAN TENAGA DALAM JANGKA              MASA    YANG     PANJANG.


4.ANGIN
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqIXSMZhiHImaQQzZBSIKLikZYJNSsKQZfX-M4NmsZY7YixeNfRNmfOuJ6BVZwyQdB_P2aTrrtfrTgK6DDojEFfoDGXvLe3dQVlemLHDc9mecwq66PEmB7biiHEFpsKABTNiozyffzIpA/s320/kapal+layar1.jpg

            -CONTOHNYA UNTUK MENGGERAKKAN KAPAL LAYAR.


   5. AIR – CONTOH JANA KUASA ELEKTRIK HIDRO
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFayDHsWpE5kFSOncjFpgIZ5dgYdZyQP_jbsMdOKqfWcBtZFmmlehJeRftso2WKCQFZb8teTiJW4GfsDn5_l3cETgDhBKqzEDh6mMT7XfeJhKxcB6k0lATRy90b9s2kVlqgV2ETs-nVYM/s400/chenderohdam


   6. TUMBUHAN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdKcvm4m-XJiFyyDJ04-HWUb9lE8OkRBIY14Nc3JbSL4Si-_pkwKF5xowEpwPNudqU7lwq-yASwpm5VrRJMulb8lTDIEVFXSWGyQOzdzr5jFQqx_-Jn51Ojb3fe6KKsBqxvaVN3OM4Vn4/s320/planet+1.jpg


    7. HAIWAN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzHoM1OUU_lg-LseV_LbHJOQbsJA_cAmDDWMhn0u6jybnCLxkMQD5gLU8E5n9Jfja0PA52G4WXKAXx7ifUsfwUS7PbsHKfkgjIoU-P066Z7I8c-77433UOhOFIqQ0OI8OE221OvnbRcpk/s320/ternakan.jpg




BENTUK TENAGA


1.    TENAGA KINETIK – SESUATU YANG SEDANG BERGERAK

CONTOH:  KERETA  YANG SEDANG BERGERAK

                      KIPAS YANG SEDANG BERPUSING

2.    TENAGA CAHAYA- CONTOH LAMPU SULUH YANG 

MENGELUARKAN CAHAYA.

3.    TENAGA HABA- YANG SUAM ATAU PANAS SEPERTI SETERIKA YANG TERPASANG.

4.    TENAGA BUNYI- YANG MENGHASILKAN BUNYI SEPERTI

LOCENG, RADIO, TELEFON.

5.    TENAGA KEUPAYAAN: YANG BELUM BERGERAK

CONTOH GETAH YANG DIREGANGKAN.


 PERPINDAHAN BENTUK TENAGA

  LILIN YANG TERBAKAR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXjkKk_4ACfl5-9aiEUMLT6MaF4Oc0X0yVtFImUGAEjm_H0h0eQ2LM8BTtaGaQvgBQhOzgJixAF4IlYABYQOCFpamU7z0XdLLYFNqDK9nlMGQspfwx0l_A80eyR80W3-McyRyj1DfculU/s320/lilin.jpg

TENAGA KIMIA   KE TENAGA CAHAYA   + TENAGA HABA

RADIO


http://www.crrc.org.my/crrc/images/stories/pictures/radio_30-9-09.jpg


TENAGA ELEKTRIK BERTUKAR KE TENAGA BUNYI

STERIKA


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRHfhed0LEOuSHr9DKhwkUKhbDjsbx1LthZJjHTc7NpQBvF3IqEvAevm8szBKMVHljgIyT_hbtnjgqlASFPhauG6yPQ4tKCqiKEZHpK6qC1jGzwbL1OhMaj-kYR6rP02Wtv0xJRjM1b67C/s320/IMG_6274.JPG

TENAGA ELEKTRIK BERPINDAH KE  TENAGA HABA

KIPAS


http://www.shinghung.com/data/photo/gallery/16@Wall%20Fan.jpg

TENAGA ELEKTRIK  BERTUKAR KE TENAGA KINETIK

RENEWABLE OR NON RENEWABLE ENERGY


RENEWABLE
NON RENEWABLE
TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI BILA HABIS DIGUNAKAN.
TENAGA YANG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI DALAM MASA YANG SINGKAT BILA HABIS DIGUNAKAN.
1. SOLAR
1. PETROLEUM
2. ANGIN
2. NATURAL GAS
3. BIOMASS
3.ARANG BATU
4. AIR
4. ARANG KAYU

5. NUCLEAR REACTOR





RENEWABLE ATAU NON-RENEWABLE YANG BAIK?

JAWAPAN: RENEWABLE

KERANA:


RENEWABLE
NON-RENEWABLE
1. TIDAK MENGELUARKAN   PENCEMARAN
1. PENCEMARAN
2. BOLEH DIPERBAHARUI DALAM MASA YANG SINGKAT
 SEDIA DIGUNAKAN
2. MENGAMBIL MASA BERBILION TAHUN UNTUK DIPERBAHARUI.
3. SUMBER BERTERUSAN
3. SUMBER TERHAD
     

NOTA TAMBAHAN : KITA HENDAKLAH BERJIMAT CERMAT DALAM MENGGUNAKAN TENAGA SUPAYA IA CUKUP UNTUK DIGUNAKAN DI MASA HADAPAN.

CARA BERJIMAT CERMAT:

1.    TUTUP SUIS LAMPU JIKA TIDAK MENGGUNAKANNYA.

2.    BERKONGSI KERETA.

3.    MENGGUNAKAN  KENDERAAN AWAM.



Older Post